Lagu

Tuesday, 7 February 2017

Muka Hadapan


KOD KURSUS : DUA6022  /  KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM

TAJUK PROJEK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH          
                                MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT.
                                BINCANGKAN CARA MENGATASI BERLELUASANYA MASALAH
                                INI

NAMA PENSYARAH : USTAZAH ROHANI BINTI RAZAK

JABATAN PENSYARAH : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NAMA PELAJAR  : MUHAMMAD ASYRAF BIN AZIZI

NO PENDAFTARAN : 12DIP14F2022

PROGRAM : DIP

KELAS : DIP5A

SESI : DISEMBER 2016

Objektif

Objektif Penulisan :

  • Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat. 
  • Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.
  • Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem.

Pengenalan

Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.
           Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
               Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, Namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.
            HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”DBP 1997 “Media massa,sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan.Bagaimanapun,kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif” .Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran masyarakat.
            Oleh yang demikian, tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai murni.
Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik. Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat. Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah Islam.
Pada tahun 21 November 2005, JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini dengan menerbitkan pula “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkara ghaibiyyat dan persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib.

Senarai Kandungan

1) Objektif Penulisan

2) Pengenalan

3) Huraian Isi

4) Kesimpulan

5) Rujukan

6) Lampiran

Ulasan Isi

Pengertian Syirik :

Dalam pengertian yang paling sederhana, Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT - atau secara sedar mencampur-baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT.  

Syirik terbahagi dalam 3 (tiga) kelompok besar iaitu:

1) 
SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA

  • Syirik Rububiyyah, iaitu meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
  • Syirik Uluhiyyah, iaitu meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudarat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
  • Syirik Asma' Wa Sifat, iaitu meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan khusus Rabb kita yang Maha Suci.

2) SYIRIK MENURUT KADARNYA

      a) Syirik Akbar (besar), iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan                 pelakunya dari agama islam

·     Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.

·    Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.

·        Syirik dalam keta'atan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan ridho atas hukum tersebut.

·    Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.

   b) Syirik Ashghar (kecil), iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari              agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan            satu-satunya yang  termasuk dalam Syirik Ashgar. Atau Riya' memang                          termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.

   c) Syirik Khafi (tersembunyi), iaitu seorang melakukan amal kerana keberadaan              orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya',dan hal ini tidak mengeluarkan                pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat. 


3) SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
  • Syirik I'tiqodi, iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
  • Syirik Amali, iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
  • Syirik Lafzhi, iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan kerana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).

 Pengertian Khurafat :

Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut. Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.


4) HUKUM MEMPERCAYAI AMALAN KHURAFAT 

Hukum mempercayai adanya keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.
Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus: 106)”:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”
Maksud hadith Nabi saw pula:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)
Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.


5) BENTUK KHURAFAT YANG DIPERCAYAI MASYARAKAT 

Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
  • Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
  • Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
  • Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
  • Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
  • Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
  • Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan sebagainya.

6) BENTUK PENERBITAN FILEM YANG MEMPUNYAI HUKUM SYIRIK
  • Mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
  • Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial.
  • Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah S.W.T. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain).
  • Memaparkan kisah-kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong daripada Allah.
  • Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama jin, secara jelas dan nyata.
  • Memaparkan kisah-kisah pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan seumpamanya.
  • Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.

7) CARA MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK DALAM MASYARAKAT

Masyarakat :
  • Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
Kerajaan :
  • Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
  • Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni.
  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
  • Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
Diri Sendiri :
  • Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.  

Kesimpulan

Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman


Sumber Rujukan

  • http://atasisyirikdankhurafat.blogspot.my/
  • http://unsurkhurafatdalamfilem.blogspot.my/
  • http://nikipanjawaijatamin.blogspot.my/
  • https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2013/10/29/jenis-jenis-amalan-khurafat-orang-melayu/
  • http://amoli824.net/maklumat%20tambahan1/amalan%20khurafat.htm
  • https://khurafattahayul.blogspot.my/