Lagu
Tuesday, 7 February 2017
Muka Hadapan
KOD KURSUS : DUA6022 / KOMUNIKASI & PENYIARAN ISLAM
TAJUK PROJEK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH
MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT.
BINCANGKAN CARA MENGATASI BERLELUASANYA MASALAH
INI
NAMA PENSYARAH : USTAZAH ROHANI BINTI RAZAK
JABATAN PENSYARAH : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ASYRAF BIN AZIZI
NO PENDAFTARAN : 12DIP14F2022
PROGRAM : DIP
KELAS : DIP5A
SESI : DISEMBER 2016
Objektif
Objektif Penulisan :
- Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat.
- Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.
- Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem.
Pengenalan
Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.
Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan jualan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.
Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, Namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.
HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”DBP 1997 “Media massa,sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan.Bagaimanapun,kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif” .Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran masyarakat.
Oleh yang demikian, tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai murni.
Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik. Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat. Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah Islam.
Pada tahun 21 November 2005, JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini dengan menerbitkan pula “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkara ghaibiyyat dan persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib.

Senarai Kandungan
1) Objektif Penulisan
2) Pengenalan
3) Huraian Isi
4) Kesimpulan
5) Rujukan
6) Lampiran
2) Pengenalan
3) Huraian Isi
4) Kesimpulan
5) Rujukan
6) Lampiran
Ulasan Isi
Pengertian Syirik :
Dalam pengertian yang paling sederhana, Syirik adalah suatu
perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana
seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT - atau secara
sedar mencampur-baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang
menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Allah SWT.
Syirik terbahagi dalam 3 (tiga) kelompok besar iaitu:
1) SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA
- Syirik Rububiyyah, iaitu meyakini bahawa
selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau
mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.
- Syirik Uluhiyyah, iaitu meyakini bahawa
selain Allah ada yang mampu memberikan mudarat atau manfaat, memberikan
syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
- Syirik Asma' Wa Sifat, iaitu meyakini atau
percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang
dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat
lain yang merupakan khusus Rabb kita yang Maha Suci.
2) SYIRIK MENURUT KADARNYA
a) Syirik
Akbar (besar), iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam
· Syirik dalam berdoa, yakni
merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan
isti'anah kepada selain-Nya.
· Syirik dalam niat, kehendak dan
maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk
kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
· Syirik dalam keta'atan, iaitu
menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala
atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan
ridho atas hukum tersebut.
· Syirik dalam kecintaan, adalah
mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
b) Syirik Ashghar (kecil), iaitu Riya',
hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar.
Atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.
c) Syirik Khafi (tersembunyi), iaitu seorang melakukan
amal kerana keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya',dan hal ini
tidak mengeluarkan pelakunya dari agama
Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK
MENURUT TEMPAT KEJADIAN
- Syirik I'tiqodi, iaitu Syirik yang
berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang
menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga
percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan
Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan
pelakunya dari agama islam.
- Syirik
Amali,
iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah
kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk
selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
- Syirik
Lafzhi, iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah
kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya ,
"Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku
bertawakal kepadamu", "Kalau bukan kerana Allah dan si fulan
maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya
yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).
Pengertian
Khurafat :
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut
atau karut marut. Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak
betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat
Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa
Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan
untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk
terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam
yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau
membawa tuah keberuntungan.
4) HUKUM MEMPERCAYAI AMALAN KHURAFAT
Hukum mempercayai adanya keramat,
khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap
perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah
S.W.T.
Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus:
106)”:
“Dan janganlah engkau menyembah atau
memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau
mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”
Maksud hadith Nabi saw pula:
“Jauhilah tujuh perkara yang
merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab:
Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta
anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat
terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)
Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat
pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut
secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan
diceritakan.
5) BENTUK KHURAFAT YANG DIPERCAYAI MASYARAKAT
Kepercayaan adanya keramat pada
benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa
seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan
sebagainya
- Menganggap keramat
pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
- Cerita-cerita yang
tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
- Cerita-cerita yang
berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan
karut.
- Cerita-cerita yang
bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan
Islam.
- Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
- Menggunakan
objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang
tertentu.
- Cerita-cerita yang
mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan
sebagainya.
6) BENTUK
PENERBITAN FILEM YANG MEMPUNYAI HUKUM SYIRIK
- Mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
- Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial.
- Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah S.W.T. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain).
- Memaparkan kisah-kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong daripada Allah.
- Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama jin, secara jelas dan nyata.
- Memaparkan kisah-kisah pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan seumpamanya.
- Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.
7) CARA MENGATASI
MASALAH AMALAN SYIRIK DALAM MASYARAKAT
Masyarakat :
- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan
kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu
yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan
khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat
yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
Kerajaan :
- Kerajaan juga perlu
meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam
buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya
anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
- Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni.
- Mengadakan kempen-kempen
kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat,
agama dan negara.
- Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
Diri Sendiri :
- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik
memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia.
Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang
mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya
Allah tidak murka.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah
disimpulkan bahawa tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah
melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan
menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya.Perkara ini jelas memberi kesan
negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan
mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh
yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan
mengambil tindakan secara drastik.
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah.
Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan
kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika
berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci
dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
Sumber Rujukan
- http://atasisyirikdankhurafat.blogspot.my/
- http://unsurkhurafatdalamfilem.blogspot.my/
- http://nikipanjawaijatamin.blogspot.my/
- https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2013/10/29/jenis-jenis-amalan-khurafat-orang-melayu/
- http://amoli824.net/maklumat%20tambahan1/amalan%20khurafat.htm
- https://khurafattahayul.blogspot.my/
Sunday, 29 January 2017
Lampiran
Subscribe to:
Posts (Atom)